Semua ulasan

Bursa mata wang kripto terkemuka di Korea Selatan, Bithumb, diserang penggodam

Bursa mata wang digital keenam terbesar didunia, Bithumb, menerima serangan penggodam. Saya ingin mengingatkan bahawa bursa Bithumb dan Upbit berasas di Korea Selatan, dan menduduki tempat sepuluh tertinggi berdasarkan jumlah perdagangan mata wang kripto menurut sumber dari CoinMarketCap.

Buat masa kini, orang ramai menganggap bahawa penggodam mencuri mata wang digital berjumlah sekurang-kurangnya $30 dari para pengguna bursa Bithumb. Dalam laman media Twitter, perwakilan Bithumb membuat kenyataan bahawa sehubungan dengan serangan penggodam, semua operasi deposit dan pengeluaran dana akan disekat buat sementara waktu:

Bursa dijangka akan memberi pulangan semula untuk memampas kerugian yang ditanggung oleh para pelanggan.

Berikutan dari turutan serangan penggodam dalam bursa mata wang kripto, timbul persoalan sama ada mata wang digital adalah selamat atau tidak. Jawapan kepada persoalan tersebut adalah amat mudah: sekiranya penggodam menceroboh blockchain mata wang kripto, atau algoritma untuk mining, maka mata wang kripto boleh dianggap sebagai tidak boleh dipercayai (pendapat saya). Sebaliknya, sekiranya serangan dilakukan terhadap bursa, maka ia tidak menjejaskan mata wang kripto, dan perkara ini merupakan masalah yang berbeza. Dalam kata lain, sebahagian besar bursa mata wang kripto menyedia sistem jaminan dan keselamatan yang tidak boleh dipercayai, dan lebih baik sekiranya semua mata wang kripto dalam bursa sebegini dikeluarkan serta merta selepas pembelian dilakukan.

Tulis komen