Kami kini 19 tahun!

Pegawai dan kakitangan kerajaan AS diarahkan untuk mengisytiharkan sebarang pemilikan mata wang kripto

Pengurusan Pejabat etika kerajaan Amerika Syarikat (the United States Office of Goverment Ethics, OGE) pada hari semalam, 18 Jun, menerbitkan dokumen yang menyatakan bahawa kakitangan instituti organisasi kerajaan harus membuat pengisytiharan sekiranya mereka memiliki mata wang digital. Perkara ini dianggap sebagai keputusan hampir 2 juta kakitangan organisasi persekutuan dan pegawai eksekutif di Amerika.

Walau bagaimanapun, buat masa kini, masih belum jelas, sama ada kakitangan tersebut yang akan membuat pengisytiharan tentang pelaburan mereka dalam aset digital perlu membayar cukai untuk mata wang kripto. Menurut dari dokumen yang diterbitkan tersebut, OGE masih belum boleh menentukan sama ada mata wang digital dianggap sebagai harga (dalam kes ini, laporan perlu dilakukan kepada CFTC suruhanjaya kontrak niaga hadapan komoditi) atau sebagai alatan pelaburan digital (dalam kes ini, laporan perlu disediakan kepada suruhanjaya sekuriti dan bursa Amerika, SEC).

Selain itu, dokumen tersebut turut sama menyatakan bahawa salah satu sebab mengapa pengisytiharan tentang pemilikan pelaburan dalam mata wang digital perlu dilakukan adalah berkaitan dengan konflik kepentingan "conflict of interest".

Pada pendapat saya, percubaan pengurusan Amerika untuk memaksa kakitangan membut pengisytiharan pemilikan pelaburan dalam mata wang kripto adalah sia-sia. Sebahagian besar dari mata wang kripto mempunyai dasar privasi yang tinggi, menjadikan pengesanan pemilik amat sukar. Sehubungan dengan itu, untuk mengumpul senarai pegawai dan kakitangan kerajaan yang memiliki mata wang kripto, mereka perlu rela dan melakukan pengisytiharan dengan sendiri.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas