Kami kini 19 tahun!

Analisis Bitcoin 18.06.2018

Harga bitcoin menurun ke $6,100 pada hari minggu dalam bursa Bitfinex, yang merupakan tahap low sepanjang empat bulan. Saya ingin mengingatkan bahawa pada permulaan bulan Februari, harga mata wang kripto ini jatuh mencecah $6,000:

Carta menunjukkan bahawa pasangan BTCUSD menghampiri tahap low yang terbentuk pada awal bulan Februari tahun 2018.

Kebanyakan orang bertanya: adakah harga bitcoin akan menurun? Saya berpendapat bahawa terdapat kemungkinan, dan agak tinggi pada masa kini. Hal ini adalah kerana menurut statistik BlockChain.info, bilangan transaksi bitcoin dalam tempoh 24 jam yang lalu adalah disekitar 144,908.

144,908 transaksi dalam sehari adalah bacaan yang sangat rendah untuk penunjuk ini. Harus diberi perhatian bahawa menurut undang-undang rangkaian ekonomi (Network Economy), yang tertakluk kepada rangkaian bitcoin, penggunaan rangkaian menaik (dan sehubungan dengan itu, beserta dengan kos), hanya sekiranya bilangan pengguna dan transaksi menaik. Sekiranya tidak, penggunaan rangkaian, dan kos, akan menurun.

Justeru itu, sekiranya purata bilangan transaksi harian yang diproses oleh rangkaian bitcoin terus menurun, maka besar kemungkinan besar, harga bitcoin boleh menurun sehingga $5,000.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas