Kami kini 19 tahun!

Masalah dalam rangkaian mata wang kripto EOS

Dalam rangkaian mata wang kripto EOS pada 16 jun, telah berlaku masalah teknikal yang menyebabkan transaksi mata wang kripto untuk tidak dapat dijalankan, menurut sumber dari EOS network monitor. Saya ingin mengingatkan bahawa pada permulaan bulan, rangkaian EOS telah dilancarkan. EOS pada sebelum ini menggunakan rangkaian Ethereum.

Pada masa kini, rangkaian EOS telah berfungsi seperti biasa, selepas pengeluar blok EOS mengesahkan blok, seperti yang dinyatakan oleh EOS network monitor.

Masalah EOS ini dibincangkan secara aktif dalam komuniti mata wang digital pada hari minggu. Dalam forum reddit, muncul tema dalam mana pengguna mengatakan bahawa rangkaian ethereum lebih baik sekiranya dibandingkan dengan rangkaian EOS. Dalam rangkaian sosial tidak berpusat, Steemit, muncul blog dalam mana topik tersebut turut sama hangat diperbincang.

Kebanyakan pengguna mata wang kripto menganggap bahawa pembetulan harga EOS, yang dapat dilihat baru-baru ini, adalah berkaitan dengan peralihan EOS ke rangkaian sendiri, untuk mengelakkan dari mengguna rangkaian Ethereum:

Saya tidak menyangsikan bahawa kemunculan masalah rangkaian EOS sejurus selepas pelancaran merupakan faktor negatif yang akan memberi tekanan terhadap harga mata wang kripto. Selain itu, memandangkan baru-baru ini kesemua pasaran kripto mengalami pembetulan, saya menjangkakan bahawa harga EOS masih boleh menurun. Pada masa pengarangan ulasan, pasangan EOSUSD diperdagang pada 10.41, menurut CoinMarketCap.

18 Jun, 17:28 (GMT+3)
Analisis Bitcoin 18.06.2018

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas