Semua ulasan

Jutawan Tim Draper berpendapat bahawa permodalan pasaran kripto akan meningkat sehingga $10 trillion

Jutawan billion terus kekal optimis berkaitan dengan bitcoin, walaupun harga mata wang kripto menurun untuk beberapa bulan terdahulu. Saya ingin mengingatkan bahawa sejak permulaan bulan Mei, harga bitcoin bergerak dalam trend menurun.

Tim Draper menegaskan bahawa beliau terus menyokong ramalan beliau, bahawa harga bitcoin akan mencecah sekitar $250,000 pada penghujung tahun 2022. Beliau menyuarakan jangkaan tersebut pada bulan april tahun ini. Jutawan dari Amerika tersebut kini menambah bahawa dalam 10 tahun, permodalan pasaran mata wang kripto akan mencecah $100 trilion, dan pada masa tersebut, permodalan bitcoin boleh menjadi sebanyak $10 trillion. Sehubungan dengan itu, harga bitcoin akan menjadi $500,000.

Selain itu, Tim Draper membuat kenyataan bahawa beliau terus memihak kepada mata wang kripto, dan tidak membimbangi turun naik jangka pendek dalam pasaran, seperti yang dapat dilihat buat masa kini.

Saya bersetuju sepenuhnya dengan pandangan Tim Draper. Untuk perspektif jangka panjang, permodalan bitcoin dan pasaran kripto akan menaik, walaupun harga menurun atau menaik kerana ianya hanya untuk jangka masa pendek. Saya berpendapat bahawa lambat laun, bitcoin akan menjadi penyelesaian masalah penskalaan, dan harga bitcoin akan melonjak keatas. Besar kemungkinan bahawa permodalan bitcoin akan menaik sehingga $10 trilion dalam 10 tahun. Ini bukan lah jumlah yang besar, secara relatifnya, hanya separuh dari agregat kewangan M2 Amerika.

Tulis komen