Jangkaan untuk bitcoin bulan Jun 2018

Sejak dari permulaan tahun, permodalan pasaran menurun sebanyak 44.3% ke tahap $611 billion. Pada saat ini, pasaran mata wang kripto dianggarkan bernilai sebanyak $340 billion. Bahagian tiga mata wang terbesar adalah sebanyak 61.41%, digambarkan dalam carta dibawah.

Pada 29 Mac, bitcoin menerajui pasaran mata wang digital dengan saham mencecah 45.79%, menurut sumber dari coinmarketcap, yang merupakan nilai tertinggi sejak permulaan tahun. Kini, saham bitcoin menurun ke 38.15%. Selain itu, sejak 1 Januari sehingga hari ini, jumlah dagangan bitcoin menurun sebanyak 2.8 kali, dari $12.4 billion, ke $4.29 billion, manakala harga menurun sebanyak 47%, dari $14,317 ke $7,581.

Pada 5 Mei, harga bitcoin mencecah tahap high untuk suku tahun kedua, pada $ 9,948, dan tahap minimum tetap pada 1 April pada  $6,561.

Sekiranya mempertimbangkan carta harga bitcoin dari sudut pandangan analisis teknikal, kesimpulan seperti berikut boleh dilakukan.

Dalam rangka masa harian (D1), bitcoin diperdagang lebih rendah dari tahap Fibonacci pada 23.6. Beberapa percubaan oleh pedagang bull untuk menetapkan kedudukan diatas kadar ini tidak membuahkan hasil. Bitcoin bergerak secara mendatar selepas kejatuhan ke $6,000 dalam bulan Februari. Untuk masa akan datang, situasi tidak akan berubah secara ketara. Pasaran aset mata wang kripto menantikan summit G20 dalam bulan Julai tahun ini, di mana asas untuk peraturan global untuk mata wang kripto. Pada pendapat saya, suku tahun ketiga boleh memihak kepada pemegang bitcoin, kerana dengan pengenalan peraturan, pedagang besar seperti pelabur berinstitusi akan boleh memasuki pasaran.

Bitcoin dijangka akan meneruskan pergerakan mendatar dalam bulan Jun. Tahap sokongan dan rintangan tempatan terletak pada 6,300 USD dan 9,600 USD.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.