Semua ulasan

Analisis Bitcoin 07.06.2018

Harga bitcoin terus meningkat sedikit demi sedikit, bermula dari 29 Mei, apabila tahap low terbentuk disekitar $7,000. Buat masa kini, bitcoin diperdagang pada $7,700 mengikut Bitfinex.

Menurut analisis grafik, trend menaik terbentuk dalam rangka masa 30 minit (30M):

Walau bagaimanapun, dari sudut pandangan saya, masih berisiko untuk mempercayai trend menaik ini.  Harus diingatkan bahawa baru-baru ini, dalam rangka masa yang lebih besar (H1) terbentuk trend menurun:

Selain itu, berdasarkan analisis lilin, dalam rangka masa mingguan (W1), lilin yang terbentuk pada minggu lepas, walaupun ianya bullish, tetapi masih tetap kecil berbanding lilin-lilin sebelum ini:

Sehubungan dengan itu, kenaikan harga bitcoin yang ditunjukkan untuk beberapa hari yang lalu masih tetap meragukan.

Tulis komen