Kami kini 19 tahun!

Pengasas Apple mempercayai bahawa dalam 10-15 tahun, kebanyakan orang akan menggunakan mata wang kripto

Salah satu penubuh Apple, Steve Wozniak mencadangkan bahawa dalam 10 hingga 15 tahun akan datang, kebanyakan orang akan menggunakan mata wang kripto sebagai kaedah pembayaran. Beliau menyuarakan pendapat beliau semalam pada 4 Jun ketika sidang media Money 20/20 berkaitan teknologi industri kewangan berlangsung, dari 4  hingga 6 Jun di Amsterdam, Holland.

Steve Wozniak menyatakan bahawa beliau mempercayai bitcoin dan mata wang kripto seharusnya akan kekal menerajui pasaran kripto untuk beberapa tahun akan mendatang. Beliau juga menegaskan bahawa bitcoin ditubuhkan atas dasar ketelusan prinsip matematik, dan disebabkan itu, lambat laun akan menggantikan wang tradisional yang digunakan sebagai wang fiat nasional buat masa kini.

Wozniak menjelaskan berkaitan dengan harga bitcoin, bahawa untuk jangka masa panjang, harga akan menaik apabila permintaan untuk bitcoin meningkat (lebih ramai orang akan menggunakan mata wang kripto), dan bekalan untuk bitcoin hanya sebanyak 21 juta. Walau bagaimanapun, dalam jangka pendek, kebanyakan pihak pakar merasakan bahawa harga mata wang kripto akan menunjukkan turun naik yang tinggi.

Namun begitu, Steve Wozniak mendakwa bahawa beliau tidak melabur dalam mata wang kripto, dan menyebut bahawa beliau hanya memiliki satu bitcoin dan dua etherium, yang disimpan hanya atas sebab sifat ingin tahu.

Pada pendapat saya, sekiranya Steve Wozniak mempercayai bitcoin, maka besar kemungkinan, beliau mempunyai lebih banyak dari jumlah yang dinyatakan. Saya merasakan bahawa beliau tidak ingin orang ramai mengetahui jumlah sebenar bitcoin dalam simpanan. Dan ini merupakan keputusan yang bijak, kerana dalam bidang mata wang digital, kebanyakan orang cuba untuk menyimpan rahsia privasi dan peribadi.

07 Jun, 17:15 (GMT+3)
Analisis Bitcoin 07.06.2018

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas