Pengarah Bank Jepun: mata wang digital semakin penting

Pada hari ini, 30 Mei, pengarah Bank Jepun, Mr. Haruhiko Kuroda, berucap dalam sidang media Tokyo berkaitan "Fungsi bank pusat dalam perubahan dunia". Sidang media dianjurkan oleh Institut penyelidikan dasar kewangan dan ekonomi. Selepas membaca teks ucapan beliau, saya merasa kagum apabila Bank Jepun menumpukan perhatian secara teliti terhadap mata wang digital dan juga sistem kewangan, walaupun topik tersebut berkaitan dengan dasar kewangan.

Dalam ucapan beliau, Mr. Kuroda menyatakan bahawa, untuk jangka masa panjang, bank pusat akan berhadapan dengan tugas penting di serata dunia, yang berkait dengan pembangunan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Buat masa kini, terdapat proses utama dalam penerapan mata wang digital tidak berpusat. Perkembangan pesat telefon pintar, rangkaian media sosial, dan e-dagang, membolehkan penduduk seluruh dunia membeli barangan atau perkhidmatan melalui pembayaran menggunakan mata wang digital, dan boleh menjurus kepada perubahan drastik dalam cara pembayaran dijalankan dalam kebanyakan negara.

Menurut dari pengarah Bank Jepun tersebut, teknologi baru akan mendorong perubahan ketara dalam sektor perbankan. Masih tidak diketahui sama ada bank sentral akan kekal sebagai pengeluar mata wang utama, memandangkan mata wang kini mengumpul momentum dengan lebih laju.

Pada pandangan saya, ucapan Haruhiko Kuroda merupakan contoh yang menunjukkan bahawa mata wang kripto dari semasa ke semasa menjadi semakin penting.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.