Kami kini 19 tahun!

Minat penduduk Jerman terhadap mata wang digital meningkat, kepercayaan kepada bank pusat menurun

Hampir 29% dari penduduk Jerman berminat untuk berlabur dalam mata wang digital. Perkara ini dapat dilihat dari keputusan kaji seliditk yang dijalankan oleh bank komersial Postbank untuk 3,100 penduduk Jerman. Kaji selidik dijalankan dari penghujung bulan Februari sehingga penghujung bulan Mac tahun 2018.

Minat terhadap mata wang digital dalam kalangan penduduk Jerman didorong dari ketidakpercayaan mereka terhadap dasar kewangan bank sentral Eropah (ECB). Hampir 56% dari peserta kaji selidik Postbank menyatakan bahawa, mereka menganggap penggunaan mata wang digital sebagai cara untuk mengurangkan kebergantungan terhadap dasar kewangan bank:

Saya tidak terkejut dengan keputusan kaji selidik Postbank ini. Untuk tempoh 2-3 tahun, penduduk Jerman amat aktif mengkritik dasar kewangan ECB, yang pada pendapat mereka, amat lembut. Penduduk Jerman mempercayai bahawa dasar kewangan ECB menyebabkan nilai mata wang euro menurun, dan menjurus kepada pengurangan kepercayaan terhadap euro. Sehubungan dengan itu, baru-baru ini, penduduk Jerman mencari aset alternatif untuk pelaburan, seperti emas atau mata wang digital.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas