Semua ulasan

Analisis Bitcoin 28.05.2018

Pada hari minggu, harga bitcoin menurun ke kadar $7,150 dalam bursa mata wang digital Bitfinex. Pada saat pengarangan ulasan, peneraju pasaran kripto tersebut diperdagang pada kadar $7,217.

Dari sudut pandangan analisis grafik, carta bitcoin terus menunjukkan trend menurun dalam rangka masa per jam H1, yang bermula pada awal bulan ini:

Penurunan harga mata wang kripto disokong sepenuhnya oleh analisis fundamental. Purata bilangan transaksi harian bitcoin menurun ke bawah 150,000 menurut sumber dari BlockChainInfo. Pada penghujung tahun lepas, ketika harga bitcoin meningkat sehingga menghampiri $20,000, purata bilangan transaksi harian bitcoin mencecah sehingga 350,000. Selain itu, untuk tempoh 24 jam sebelum ini, purata saiz blok adalah sebanyak 0.5MB, yang merupakan bacaan penunjuk paling rendah untuk tempoh tiga tahun. Segalanya menunjukkan bahawa buat masa kini,  permintaan untuk bitcoin masih tidak mencukupi, untuk membolehkan harga mata wang digital kembali menaik.

Tulis komen