Analisis Bitcoin 25.05.2018

Sepanjang minggu ini, harga bitcoin menunjukkan penurunan hampir setiap hari berbanding hari sebelumnya. Buat masa kini, pasangan BTCUSD diperdagang pada kadar $7,429 dalam bursa mata wang digital Bitfinex.

Dari sudut pandangan analisis grafik, dalam rangka masa sejam (H1), pasangan BTCUSD bergerak dalam trend menurun:

Pada saat ini, grafik BTCUSD menghampiri tahap sokongan, dan buat masa kini, tiada sebarang isyarat penerbalikan harga yang menandakan permulaan kenaikan harga mata wang kripto.

Tanpa mengambil kira, bahawa harga bitcoin menurun hampir setiap hari, bermula dari awal bulan, kebanyakan penyokong mata wang digital masih kekal optimis. Sebagai contoh, Thomas Lee, salah satu dari penubuh syarikat pelaburan dan perundingan Fundstrat, menyatakan dalam temubual bersama CNBC pada hari rabu 23 Mei, bahawa beliau masih tidak mengabaikan ramalan mereka untuk bitcoin pada tahun 2018, walaupun harga merudum. Thomas Lee menegaskan bahawa, pada pendapat beliau, bitcoin akan menaik melebihi $25,000 menjelang hujung tahun ini. Perwakilan Fundstrat menjelaskan bahawa seluruh kenaikan harga tahunan untuk mata wang digital boleh berlaku dalam tempoh beberapa hari, dan besar kemungkinan akan bemula pada bulan-bulan terakhir dalam tahun ini.

Saya sepenuhnya bersetuju dengan kenyataan Thomas Lee. Bitcoin seringkali menunjukkan kebolehan untuk peningkatan harga sehingga 2-3 kali ganda dalam hanya beberapa hari. Sehubungan dengan itu, sekiranya harga mata wang digital ini mula menaik, ia boleh berlaku dalam tempoh masa yang pendek.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.