HTC membangunkan telefon pintar berteknologi blockchain

Evolusi telefon pintar dalam teknologi blockchain kini hampir menunjukkan penembusan berskala besar. Menurut dari sumber media China, sinlangkeoji, HTC bersiap sedia untuk melancarkan telefon pintar berteknologi blockchain, dengan sasaran pada tahun ini. Nama produk tersebut adalah "Exodus". Fungsi wallet dan alatan keselamatan tersiap pasang direka untuk menyokong mata wang digital dan program serupa.

Phil Chen, yang merupakan penubuh pengeluar alam maya dari HTC Vive, memegang tanggungjawab dalam pembangunan "Exodus", blockchain, dan mata wang kripto.

HTC mereka rangkaian blockchain yang terhubung dengan telefon pintar lain agar pengguna telefon boleh berdagang mata wang kripto secara terus dalam telefon tersebut.

Disamping itu, telefon pintar dengan blockchain Sirin Labs, yang dibangunkan oleh syarikat China, Foxconn, akan dilancarkan ke lima buah negara dalam bulan Oktober, termasuk Korea. Mereka mendakwa bahawa telefon pintar berteknologi blockchain boleh menyediakan dompet simpanan yang terjamin, dengan meningkatkan keselematan serta membolehkan dagangan mata wang kripto dalam rangkaian mudah alih secara terus.

Maklumat ini dibentangkan dalam forum "CoinDesk 2018".

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.