Semua ulasan

Analisis Bitcoin 16.05.2018

Harga bitcoin sekali lagi mencecah tahap psikologi $8,000, selepas percubaan pengembalian harga ke kadar $9,000 pada hari semalam gagal. Buat masa kini, pasangan BTCUSD diperdagang pada $8,216 dalam bursa Bitfinex, dan semalam, melonjak dari $8,300 ke $8,864.

Dari sudut pandangan analisis grafik, dalam rangka masa perjam (H1), pergerakan pasangan BTCUSD berterusan dalam kontur trend menurun yang baru terbentuk baru-baru ini:

Sekiranya trend ini berterusan untuk BTCUSD, maka kadar pertukaran boleh menghampiri tahap $6,700, yang merupakan kadar dari mana harga mula menunjukkan kenaikan mendadak pada 12 April.

Dari sudut pandangan fundamental, baru-baru ini, saya tidak mengesan sebarang peristiwa yang boleh memberi pengaruh besar kepada bitcoin. Segalanya kekal seperti sedia ada: masalah penskalaan mata wang digital masih belum diselesaikan, tetapi potensi rungkaian masalah diberikan sedidit demi sedikit oleh Lightning Network, yang telah menghubungkan lebih dari 2,000 nod, dan juga bilangan perhubungan antara nod buat masa kini mencecah 6,500, menurun sumber dari lnmainnet.gaben.win. Sehubungan dengan itu, boleh disimpulkan bahawa bilangan nod dan perhubungan antaranya telah meningkat dua kali ganda berbanding 2-3 bulan lepas.

Pada pendapat saya, sekiranya masalah penskalaan bitcoin boleh diselesaikan oleh Lightning Network, maka harga mata wang digital tersebut akan kembali menunjukkan trend menaik jangka masa lama, sehingga boleh mencecah kadar maksimum dalam sejarah disekitar $20,000. Sebaliknua, pada masa kini, masih belum terdapat sebarang jaminan bahawa Lightning Network berpotensi untuk meningkatkan rangkaian bitcoin. Sehubungan dengan itu, saya masih belum menjangkakan penstabilan harga bitcoin dalam masa terdekat. Berkemungkinan besar, dalam beberapa bulan yang akan mendatang, pergerakan harga bitcoin akan menunjukkan turun naik yang tinggi.

Tulis komen