Kami kini 19 tahun!

Analisis Bitcoin 14.05.2018

Pada penghujung minggu lepas, semakan dijalankan untuk bursa mata wang digital di Korea Selatan, Upbit dan Bithumb, atas sebab dakwaan dari peguam Korea Selatan yang menyatakan bahawa sebahagian dari pelanggan bursa menggunakan mata wang digital untuk "membersihkan" wang.

Sehubungan dengan berita tersebut, pada penghujung minggu lepas, harga mata wang digital mula merudum. Memandangkan bursa Upbit dan Bithumb merupakan bursa utama dalam pasaran mata wang kripto, dan menduduki tempat keempat dan kelima di dunia berdasarkan jumlah perdagangan mata wang kripto, menurut sumber dari CoinMarketCap.

Pada hari minggu, penjualan bitcoin menarik harga mata wang kripto tersebut ke kadar $8,000. Pada masa pengarangan ulasan, pasangan BTCUSD diperdagang pada kadar $8,420 dalam bursa Bitfinex.

Dari sudut pandangan analisis grafik, dalam rangka masa tiga jam (H3), trend menaik pasangan BTCUSD sudah ditembusi, kerana berlakunya kemas kini tahap low yang terletak disekitar $8,700:

Buat masa kini, dalam rangka masa per jam (H1), trend menurun telah terbentuk untuk pasangan mata wang BTCUSD:

Sekiranya trend menurun ini berterusan, maka pada pendapat saya, harga bitcoin boleh menurun sehingga ke $6,700, yang merupakan kadar dari mana pergerakan menaik bermula pada 12 April.

Sebaliknya, sekiranya trend menurun dalam carta H1 tidak kekal lama, maka besar kemungkinan BTCUSD akan kembali ke kadar $10,000.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas