Semua ulasan

Jutawan Michael Novogratz: "Setiap pelabur bijak harus memasukkan mata wang kripto dalam portfolio"

Bekas pihak bank Amerika dan rakan kongsi Goldman Sachs, Michael Novogratz, merasakan bahawa setiap pelabur yang berwawasan akan mempertimbangkan untuk memasukkan mata wang kripto dalam portfolio mereka. Menurut pendapat beliau, saham mata wang portfolio pelabur baru adalah disekitar 1-2%. Michael meluahkan pandangan beliau pada hari rabu 9 Mei dalam siaran Market Now dari rancangan televisyen CNN.

Saya ingin mengingatkan bahawa Michael Novogratz, yang merupakan pengikut mata wang kripto, meninggalkan sfera perbankan untuk menumpukan masa beliau dalam pelaburan mata wang kripto dan projek blockchain. Dalam tahun lalu 2017, billionaire dari Amerika tersebut memaklumkan rancangan beliau untuk melancarkan Galaxy Digital Assets Fund, dengan aset yang akan mencecah $300-500 juta. Dalam bulan Disember tahun lepas, apabila harga bitcoin melebihi 10,000 dolar, beliau menyatakan bahawa bitcoin telah dibeli secara berlebihan, dan akan menangguhkan pelancaran dana pelaburan kripto, dengan alasan untuk menunggu pemulihan harga.

Pada 12 April, apabila harga bitcoin meningkat dengan tajam (disekitar $1,000, menaik dari $6,500 ke $8,000) dalam tempoh satu jam, saya mengandaikan bahawa lonjakan tersebut berlaku disebabkan oleh kemasukan peserta pasaran yang besar. Kemungkinan besar, ia merupakan Michael Novogratz dan dana Galaxy Digital Assets Fund.

Dalam pertengahan minggu ini, Galaxy dan Bloomberg melancarkan indeks mata wang kripto Bloomberg Galaxy Crypto Index (BGCI), yang akan memantau dinamik mata wang kripto utama: Bitcoin, Ethereum, XRP, Litecoin, Dash, Ethereum Classic, Bitcoin Cash, Zcash, EOS dan Monero. Berikut merupakan struktur indeks BGCI:

Sebahagian besar dari indeks terdiri dari bitcoin (30%) dan ethereum (30%). Mata wang kripto lain yang turut sama membentuk indeks adalah seperti berikut: Ripple — 14.14%, Bitcoin Cash — 10.65%, EOS — 6.11%, Litecoin — 3.77%, Dash — 1.67%, Monero — 1.66%, Ethereum Classic — 1.00%, Zcash — 1.00.

Saya merasakan yang kenyataan bahawa setiap pelabur harus memasukkan mata wang kripto dalam portfolio adalah benar. Sebagai permulaan, adalah memadai untuk hanya memantau mata wang kripto yang termasuk dalam indeks BGCI. Pada pendapat saya, peruntukan mata wang dalam indeks adalah contoh yang baik untuk membina portfolio pelaburan mata wang kripto.

Tulis komen