Kami kini 19 tahun!

Hampir satu pertiga pelabur dalam ICO menjual mata wang kripto yang diperoleh dengan sebarang peluang pertama

Hampir satu pertiga pelabur dalam ICO menjual mata wang kripto yang diperoleh dengan sebarang peluang pertama. Perkara ini disimpulkan dari penyelidikan pasaran ICO, yang dijalankan oleh pihak pakar CoinFi.

Analisis dijalankan untuk ICO untuk mata wang kripto berikut: CoinFi (COFI), Selfkey (KEY), Bee (BEE), Insights Network (INSTAR), dan Bluzelle (BLZ). Menurut analisis dari CoinFi, sebahagian besar dari pelabur menjual mata wang kripto selepas ICO dalam hari pertama selepas pelancaran perdagangan dalam bursa mata wang digital:

Dalam carta tersebut, jelas kelihatan bahawa sebagaian besar dari penjualan mata wang yang diterima berlangsung dalam tempoh tiga hari pertama. Selepas itu penjualan mula reda, dan perdangangan mata wang baru semakin mengimbang.

Saya berpendapat bahawa, hasil penyelidikan CoinFi boleh diambil pakai. Selepas berhubung dengan pelbagai pelabur, spekulator, dan pengguna mata wang kripto, saya menyedari bahawa kebanyakan dari pelabur cuba untuk mendapatkan keuntungan spekulatif. Mereka memasukkan jumlah yang tertentu dalam ICO atau mata wang kripto sebelum berlaku fork, dan mengharapkan kenaikan harga aset serta merta selepas pelancaran perdagangan, dan justeru itu, menerima keuntungan sekelip mata.

Sehubungan dengan itu, sering kali berlaku situasi selepas fork, dalam mana mata wang mula diperdagang dalam bursa, dan menunjukkan kadar turun naik harga yang tinggi, dan juga jumlah perdagangan yang besar. Hal ini menunjukkan bahawa pada saat ini, komponen spekulatif dalam dunia kripto adalah amat jelas.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas