Semua ulasan

Analisis Bitcoin 07.05.2018

Pada hari minggu, harga bitcoin menaik menghampiri $10,000. Kadar pertukaran BTCUSD dalam bursa Bitfinex menunjukkan harga $9,990 pada hari sabtu. Harga kemudiannya mula mengalami pembetulan perlahan, dan buat masa ini, diperdagang pada kadar $9,287.

Dari sudut pandangan analisis teknikal, carta BTCUSD meneruskan pergerakan menaik dalam rangka masa H3:

Buat masa kini, jelas kelihatan bahawa carta BTCUSD berada dalam bahagian menurun dari koridor menaik, dan menghampiri garis trend. Sehingga kini, carta masih belum membentuk sebarang isyarat yang menandakan penerusan pertumbuhan.

Pada pendapat saya, sekiranya pertumbuhan berterusan dalam rangka masa H3 untuk tempo masa terdekat, harga BTCUSD akan menaik sehingga sekurang-kurangnya $10,000. Tetapi sekiranya garis trend (garis sokongan) ditembusi, maka besar kemungkinan carta haga BTCUSD akan menghampiri palung trend menaik yang terbentuk disekitar $8,700.

Tulis komen