Kami kini 19 tahun!

Analisis Bitcoin 04.05.2018

Harga bitcoin sedikit demi sedikit boleh meningkat sehingga kadar psikologi $10,000 untuk satu coin. Buat masa kini, bitcoin diperdagang pada kadar $9781 dalam bursa Bitfinex.

Kenaikan harga bitcoin yang bermula pada 12 April boleh dikaitkan sepenuhnya dengan kenaikan purata bilangan transaksi harian bitcoin. Saya ingin mengingatkan bahawa pada awal bulan April, purata bilangan transaksi mata wang kripto menurun rendah dari 150,000 dan blok bitcoin semakin sukar untuk dipenuhi. Menjelang pertengahan bulan April, situasi berubah secara sepenuhnya. Purata bilangan transaksi bitcoin melebihi 200,000 menurut maklumat BlockChainInfo, dan blok juga mula dipenuhi secara sepenuhnya.

Dari sudut pandangan analisis, selepas harga keluar dari corak "descending triangle" yang sering dibincangkan sebelum ini, pasangan BTCUSD mula membentuk pergerakan menaik dalam rangka masa 3 jam (H3):

Buat masa kini, carta BTCUSD melantun dari garis trend. Saya mengandaikan bahawa pergerakan menaik ini akan berterusan sehingga $11,200-$11,800 yang membentuk tahap "double top", terbentuk dalam rangka masa enam jam (H6) pada awal bulan Mac tahun ini:

Pada pendapat saya, harga bitcoin akan mencecah tahap "double top" dalam tempoh 3-4 minggu berikutnya.

07 Mei, 13:09 (GMT+3)
Analisis Bitcoin 07.05.2018

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas