Semua ulasan

Perwakilan Fed: "Bitcoin tidak seharusnya dianggap sebagai mata wang"

Perwakilan bank rizab persekutuan San Francisco, John Williams, dalam ucapan beliau pada hari jumaat minggu lepas menyatakan bahawa bitcoin tidak seharusnya dianggap sebagai mata wang kerana mata wang digital tidak memenuhi syarat untuk bergelar sebagai wang. Beliau menerangkan bahawa wang tradisional seperti dolar Amerika memegang ciri menyimpan nilai, manakala bitcoin pula tidak mempunyai ciri tersebut.

walau bagaimanapun, pada pendapat saya, apabila kenyataan sebegini dikeluarkan oleh perwakilan Fed, ianya kelihatan seperti beliau hanya berbuat demikian demi memastikan orang ramai meneruskan penggunaan dolar Amerika.

Melihat kepada graf yang menunjukkan kuasa pembelian dolar untuk 100 tahun sebelum ini, kita dapat menyaksikan keruduman besar nilai dolar (hampir 20 kali ganda):

Sehubungan dengan itu, berbalik kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh John Williams, kita boleh membuat kesimpulan bahawa dolar juga tidak sepatutnya dianggap sebagai mata wang, kerana ia tidak berjaya "menyimpan nilai". Sebaliknya, sekiranya kita memerhatikan graf harga bitcoin, dengan jelas menunjukkan bahawa nilai mata wang digital tersebut menunjukkan peningkatan sehingga 100 kali ganda untuk tempoh lima tahun sebelum ini, menurut sumber CoinMarketCap:

Dalam kata lain, berdasarkan ayat perwakilan Fed, John Williams sendiri, kita boleh menyimpulkan bahawa bitcoin boleh dianggap sebagai mata wang kerana mempunyai ciri menyimpan nilai, dan tidak seperti dolar.

Tulis komen