Semua ulasan

Eropah akan mengetatkan undang-undang mata wang kripto

Zon Euro sekali lagi akan mengetatkan undang-undang berkaitan perdagangan mata wang kripto. Perkara ini dinyatakan dalam mesej pada halaman parlimen Eropah yang diterbitkan pada 19 April:

Menurut maklumat dari mesej tersebut, dalam usaha untuk menghentikan ketidaktentuan yang dikaitkan dengan mata wang digital, bursa kripto dan pembekal dompet mata wang kripto perlu mengesahkan identiti pelanggan mereka.

Perkara ini adalah logik memandangkan Zon Euro berhasrat untuk memastikan bursa mata wang kripto yang beroperasi di Zon Euro berada dibawah kawalan. Walau bagaimanapun, masih belum pasti sama ada usaha mereka ini akan membuahkan hasil atau tidak.

Harus difahami bahawa kebanyakan pelabur mata wang kripto Eropah membeli mata wang kripto dalam bursa saham yang didaftar di Asia Tenggara atau kepulauan lain. Sehubungan dengan itu, saya tidak pasti sama ada Zon Euro boleh memohon keundang-undangan dalam bidang kuasa asing. Saya mengandaikan bahawa pentadbiran Eropah hanya akan menyekat laman web bursa mata wang kripto yang enggan memberi maklumat pelanggan ke pengawal selia Eropah.

Tulis komen