Dolar merudum sebanyak 15% berbanding bitcoin dalam hanya beberapa minit

Pada hari semalam, 12 April 2018, kejatuhan nilai dolar AS berbanding bitcoin sehingga menghampiri 15% yang berlaku dalam hanya beberapa minit diperbual secara aktif dalam dunia mata wang digital:

Carta menunjukkan harga BTCUSD menaik dari $6,800-8,090 dalam hanya beberapa minit.

Sudah tentu, buat masa kini, tiada sesiapa yang mengetahui, mengapa nilai bitcoin melonjak dengan ketara (sehubungan dengan ini, nilai dolar merudum dengan tajam), tetapi beberapa versi sebab boleh dibaca dalam internet. Berikut merupakan beberapa sebab yang saya ingin sentuh dan bincangkan:

  • Versi pertama: Berikutan dari perang perdagangan antara AS dan China, pelabur besar, yang menyedari bahawa AS tidak berpeluang untuk memenangi perang tersebut berbanding China untuk tempoh masa panjang, mula melepaskan diri dari memegang aset dolar dengan menukarnya ke mata wang kripto. Versi ini boleh menjadi betul kerana pada hari semalam, pembelian bitcoin secara besar-besaran dapat dilihat dalam bursa saham Asia dan Amerika, seperti Binance, Upbit, OKEx, Bitfinex, Huobi, GDAX, Kraken, Bittrex. Semalam juga mencatatkan bilangan dagangan yang besar (menghampiri 4 billion) yang dijalankan dengan mata wang digital USDT (Tether), mata wang yang terhubung dengan dolar AS, dan pada kebiasaannya digunakan oleh penduduk Amerika untuk membeli mata wang kripto. Saya ingin menyatakan bahawa bilangan keluaran Tether adalah sebanyak $2.5 billion, dan bacaan turnover pada hari semalam hampir mencecah $4 billion, menurut sumber dari CoinMarketCap. Sehubungan dengan itu, kita boleh membuat kesimpulan bahawa penduduk Amerika menjual dolar dan beralih ke mata wang kripto pada hari semalam.
  • Versi kedua: Beberapa dana pelaburan terbesar di AS menjual saham pada awal tahun (S&P 500 kini diperdagang pada kadar 10-15% lebih rendah berbanding kadar maksimum dalam sejarah), dan menunggu sehingga kadar turun naik pasaran mata wang digital menurun, dan pada hari semalam, menyertai pasaran dalam tempoh kadar turun naik yang rendah. Versi ini juga boleh menjadi betul, kerana menurun kebanyakan pihak pakar pelaburan, sebagai contoh, Michael Novogratz, yang sebelum ini memegang kedudukan utama dalam bank komersial dan dana pelaburan terbesar di AS, kini secara sedikit demi sedikit mula beralih ke pasaran mata wang kripto. Pihak pakar membuat hujahan bahawa dalam tempoh masa yang panjang, pasaran saham AS boleh berubah menjadi pasaran mata wang kripto.
  • Versi ketiga: Pada awal bulan April, perwakilan Soros Fund Management menyatakan bahawa mereka mempertimbangkan kemungkinan untuk membeli mata wang kripto. Mengikuti jejak langkah mereka, perwakilan dana pelaburan VenRock, yang berkhidmat atas nama Rockefeller, turut sama menyatakan hasrat untuk mula melabur dalam mata wang digital. Kemungkinan bahawa dana dari pengurusan dana pelaburan Soros dan Rockefeller "mengalir" masuk ke pasaran mata wang kripto hangat diperbual dalam forum bursa mata wang kripto pada hari semalam. Pada pendapat saya, versi ini adalah agak mustahil, kerana saya tidak mempercayai konspirasi.
  • Versi keempat: Sehubungan dengan sekatan Donald Trump keatas Russia, kebanyakan usahawan Russia mula membuang aset asing dolar dengan menukar kepada bitcoin, dalam usaha untuk melindungi diri dari rampasan harga (sebagai contoh, di UK dan AS), kerana ini merupakan satu-satunya kaedah yang berkesan (melalui mata wang kripto) untuk mengeluarkan wang dari AS dan UK - tiada bank AS atau UK yang mampu menghalang transaksi kewangan menggunakan mata wang digital. Saya mempercayai bahawa terdapat sedikit kebenaran dalam versi ini, tetapi tidak mencukupi untuk menyebabkan nilai bitcoin untuk menunjukkan lonjakan harga sebegitu besar pada hari semalam.

Dari sudut pandangan saya, kenaikan harga bitcoin yang mendadak pada hari semalam, adalah tidak lain dan tidak bukan tercetus oleh peserta pasaran dengan permodalan yang besar, kerana jumlah dagangan yang besar (beberapa billion dolar), dan segalanya berlaku dengan pantas, dalam hanya 30 minit. Memandangkan sebahagian besar dagangan pada hari semalam berlangsung dengan mata wang USDT, saya mengandaikan bahawa kemungkinan besar, permodalan ini adalah dari Amerika. Tidak mustahil sekiranya pelabur-pelabur kaya dari Amerika yang menyedari bahawa pimpinan presiden Donald Trump membawa negara mereka ke jalan mati dan boleh menyebabkan ekonomi dan dolar AS runtuh, mula menghilangkan aset dolar AS yang dipegang, dan sebaliknya membuat pembelian bitcoin. Saya mempercayai bahawa untuk jangka masa panjang, trend ini akan berterusan, dan lebih ramai pelabur besar dari Amerika akan menukar dolar ke mata wang kripto. Disebabkan itu, kejatuhan harga dolar tidak dapat dielakkan.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar