Jadilah pelabur mata wang digital, bukan pedagang mata wang digital

Veselin Petkov

Penganalisis Alpari

Saya sentiasa berpendapat bahawa lebih baik untuk menjadi pelabur mata wang kripto berbanding pedagang mata wang kripto, dan disebabkan itu, saya merasakan bahawa kebanyakan peserta pasaran baru kehilangan dana kerana mencuba untuk membuat spekulasi pasaran mata wang digital.

Saya memutuskan untuk menyuarakan pendapat saya dengan tujuan yang mutlak. Pasaran mata wang digital berada dalam trend menurun selama tiga bulan dan kebanyakan pelabur yang baru bermula yang membeli mata wang kripto ketika harga berada pada kadar maksimum dalam sejarah mula merasa panik. Untuk mula mengimbangi pelaburan awal mereka, pelabur mula mencuba membuat spekulasi mata wang digital dengan melakukan transaksi jangka pendek untuk pembelian dan penjualan mata wang kripto. Tindakan pelabur baru sebegini akan membawa kepada kerugian dana sepenuhnya.

Dua hari yang lalu, Roger Ver, penyokong utama Bitcoin Cash, menyatakan bahawa tiada sebab untuk membuat spekulasi dalam pasaran mata wang digital. Dalam temu bual bersama Bloomberg, Ver menyatakan bahawa pasaran mata wang kripto boleh menunjukkan peningkatan kadar turun naik, dan pedagang baru yang mencuba untuk berdagang dalam tempoh ini boleh terdedah kepada risiko untuk menanggung kerugian yang besar. Sehubungan dengan itu, Roger Ver mempercayai bahawa pelaburan dalam mata wang digital untuk jangka masa panjang adalah lebih baik kerana lambat laun, trend menaik akan bermula semula.

Penubuh Litecoin, Charlie Lee, turut sama berkongsi pendapat ini. Pada awal bulan April, dalam temubual bersama blogger mata wang digital dengan nama gelaran @BitcoinErrorLog, Charlie menyatakan bahawa beliau mempercayai bahawa kebanyakan peserta pasaran yang membuat spekulasi boleh kehilangan keseluruhan deposit, kerana pasaran mata wang kripto adalah pasaran yang hanya sesuai untuk pelaburan jangka panjang.

Saya menulis ulasan ini dengan sasaran untuk sekali lagi mengemukakan pendapat bahawa lebih baik untuk menjadi pelabur mata wang digital berbanding pedagang mata wang tersebut.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar