Kami kini 19 tahun!

Pendedahan mata wang kripto di Jepun menghampiri 3%

Dalam dunia mata wang digital, Jepun dikenali sebagai negara pertama didunia yang mengiktirafkan bitcoin sebagai kaedah pembayaran yang sah. Sehubungan dengan itu, mata wang digital amat popular dan mempunyai permintaan yang tinggi dalam kalangan penduduk negara tersebut, dengan bursa mata wang digital seperti Binance dan bitFlyer menerajui kedudukan bursa digital di dunia.

Menurut sumber dari penyelidikan pasaran mata wang digital yang dijalankan pada bulan Mac tahun ini oleh jabatan penyelidikan Agensi Perkhidmatan Kewangan di Jepun, hampir 3.5 juta penduduk Jepun melabur dalam mata wang digital:

Memandangkan bilangan populasi Jepun adalah sebanyak 126 juta dalam tahun 2017, menunjukkan bahawa mata wang digital telah merangkumi sehingga 2.78% penduduk di Jepun. Menurut maklumat dalam jadual diatas, sebahagian besar dari pengguna mata wang digital berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun.

Maklumat statistik Jepun ini amat optimis. Saya ingin mengingatkan bahawa kebanyakan penyelidikan pasaran mata wang digital global menunjukkan bahawa sehingga 0.2-0.5% dari penduduk di dunia merupakan pemilik mata wang digital. Dengan itu, kita dapat menyimpulkan bahawa pendedahan mata wang digital di Jepun adalah 10 hingga 20 kali ganda lebih besar dari purata pendedahan di dunia.

Saya mengandaikan bahawa negara Asia Tenggara seperti Jepun, Korea Selatan, dan Singapura, akan menjadi salah satu dari negara pertama yang menggantikan wang fiat dengan wang digital.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas