Kami kini 19 tahun!

Charlie Lee menyatakan sama ada sekarang merupakan waktu yang sesuai untuk membeli Litecoin

Pada penghujung tahun lepas, penubuh Litecoin, Charlie Lee, menulis bahawa beliau telah menjual segala aset Litecoin yang dimiliki oleh beliau, agar tidak terlibat dengan konflik kepentingan (conflict of interests).

Walaupun begitu, apa yang menarik adalah beliau menjual semua Litecoin ketika harga berada di kadar maksimum di sekitar $300-350.

Pada permulaan bulan ini, dalam temu bual bersama John Carvalho (blogger mata wang digital terkenal dengan nama gelaran @BitcoinErrorLog) mengemukakan persoalan kepada Charlie Lee, sama ada pembelian Litecoin pada harga $100-110 adalah berbaloi atau tidak, memandangkan mata wang tersebut telah jatuh dari kadar maksimum dalam sejarah sebanyak tiga kali ganda. Charlie Lee menerangkan bahawa harga Litecoin pada masa kini amat menarik, dan pada pendapat beliau, masa ini adalah masa terbaik untuk membeli Litecoin sebagai pelaburan jangka panjang, sebagai contoh, selama 4-5 tahun. Penubuh Litecoin mempercayai bahawa harga akan meningkat untuk 5-10 tahun berikutnya.

Dalam temubual tersebut, saya amat menyukai jawapan Charlie Lee terhadap soalan John Carvalho tentang sama ada beliau akan melanggar janji untuk tidak membeli Litecoin. Beliau menjawab seperti berikut: "Lambat laun, mata wang digital akan menggantikan wang fiat, dan apabila tiada lagi mata wang seperti dolar, euro, yen Jepun, saya akan terpaksa menggunakan Litecoin. Tiada pilihan lain untuk saya apabila semua kedai menggunakan sistem pembayaran mata wang digital."

Saya berkongsi pandangan dengan penubuh Litecoin, sebagai contoh, dalam masa 10 tahun, pendedahan mata wang digital dalam kehidupan seharian tidak boleh dielakkan. Saya merasakan bahawa dalam tempoh 10-15 tahun, kita akan menjalankan sebahagian besar dari pembayaran menggunakan mata wang kripto.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas