Semua ulasan

Penubuh Litecoin menerajui populariti berbanding pereka Ethereum

Penubuh mata wang kripto Litecoin, Charlie Lee, telah menjadi lebih terkenal di internet dalam kalangan pengguna mata wang digital berbanding pereka Etheruem, Vitalik Buterin. Hal ini terbukti dengan bilangan pengikut Charlie Lee dalam laman media sosial Twitter, yang mencecah sehingga 751 ribu, menunjukkan peningkatan sebanyak 25 kali ganda berbanding permulaan tahun 2017, pada masa tersebut, pengikut hanya sebanyak 30 ribu. Buat masa kini, Vitalik Buterin memiliki sebanyak 724 ribu pengikut dalam laman media sosial Twitter.

Beliau menulis tentang penumbuhan populariti beliau awal pagi tadi dalam Twitter:

Mesej dari penubuh Litecoin tersebut turut sama menyatakan hasrat beliau untuk mengejar bilangan pengikut bitcoin.

Harus diingatkan bahawa peneraju mata wang digital pada kebiasaannya berhubung dengan pengguna mata wang melalui laman media Twitter, atau dalam forum Reddit.

Dari sudut pandangan saya, pertumbuhan populariti Charlie Lee menunjukkan minat terhadap Litecoin dalam kalangan fanatik mata wang digital semakin menaik dengan laju. Sehubungan dengan itu, Litecoin boleh menjadi salah satu dari mata wang digital paling berpotensi.

Tulis komen