Kami kini 19 tahun!

Perwakilan bank pusat Switzerland: "Mata wang kripto lebih baik dari mata wang digital nasional"

Timbalan pengarah Bank Nasional Switzerland, Andréa Maechler, tidak melihat sebarang sebab untuk melancarkan mata wang digital nasional baru, sebagai contoh, seperti "Crypto-Franc" atau "E-Franc. Perwakilan bank busat Switzerland telah memberi kenyataan pada 5 April di Zurich dalam sidang media "Perubahan dalam pasaran kewangan. Melihat ke masa depan digital".

Andréa Maechler menyatakan bahawa mata wang digital peribadi (mata wang kripto) boleh memainkan peranan dalam transaksi ekonomi dengan lebih baik dan berkesan antara pengguna, terutamanya untuk mereka yang memiliki mata wang digital yang akan dikawal selia oleh kerajaan. Beliau menyebut bahawa bank pusat negara seharusnya memantau dan menguruskan sistem perbankan dan tidak perlu masuk campur dalam urusan mata wang digital.

Beliau juga mempercayai bahawa bank pusat harus membangunkan dan menyediakan syarat yang selesa untuk transaksi serentak dalam dunia perbankan dan mata wang digital. Menurut dari pihak bank, mata wang digital bukanlah ancaman kepada sitem kewangan semasa, tetapi merupakan faktor yang membolehkan sistem kewangan untuk berjalan dengan lebih lancar.

Pada pendapat saya, kenyataan oleh perwakilan bank pusat Switzerland ini menunjukkan bahawa Switzerland tidak akan mengehadkan perkembangan dan penerapan mata wang digital dalam negara. Memandangkan pelbagai bursa digital dan permulaan blockchain telah mempunyai pejabat di Switzerland, dan merasa selesa disitu, saya merasakan bahawa jumlah bilangan tersebut akan meningkat sehubungan dengan dasar negara untuk mata wang digital yang menguntungkan.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas