India akan mengharamkan mata wang digital

Beberapa jam yang lalu, bank rizab India (RBI) menerbitkan kenyataan dalam halaman mereka, dengan jelas menyebut bahawa pengawal selia tidak membenarkan entiti yang dikawal oleh RBI untuk berurusan, atau menyediakan sebarang perkhidmatan kepada individu atau entiti undang-undang yang terlibat dengan mata wang digital:

Kenyataan tersebut turut sama menyebut bahawa bank pusat akan mempertimbangkan kemungkinan untuk melancarkan mata wang digital bank pusat. Laporan untuk topik ini akan diterbitkan pada penghujung bulan Jun 2018.

Harus difahami bahawa India merupakan kawasan yang penting untuk pasaran mata wang digital: hampir 2-3% dari jumlah perdagangan bitcoin adalah dalam pasaran India. Saya juga ingin mengingatkan bahawa baru-baru ini, dalam bursa mata wang digital India, permintaan untuk mata wang digital Ethereum dan TRON menunjukkan peningkatan.

Sehubungan dengan kenyataan dari India ini, pasaran mata wang digital meneruskan pergerakan pembetulan harga: nilai bitcoin menurun ke $6,600, dan harga ethereum jatuh ke $375, menurut maklumat dari CoinMarketCap.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.