Kami kini 19 tahun!

Analisis Bitcoin 05.04.2018

Pada saat ini, bitcoin diperdagang pada harga $6,858  dalam bursa Hong Kong, Bitfinex.

Dari sudut pandangan analisis grafik, carta harian (D1) alatan BTCUSD berpotensi untuk membentuk corak "Descending triangle":

Buat masa kini, carta BTCUSD adalah pada bahaian bawah corak segi tiga dan membentuk arus keempat.

Secara definisinya, corak ini menandakan penerusan trend. Dalam kes ini, corak ini menunjukkan bahawa trend menaik akan berterusan. Tetapi pada masa kini, masih belum ada sebarang jaminan bahawa harga bitcoin akan menaik, kerana trend menurun masih jelas kelihatan dalam rangka masa harian:

Sehubungan dengan itu, saya masih akan terus memantau carta bitcoin dan dalam kes pembentukan arus kelima (dalam potensi corak "Descending triangle"), yang boleh menembusi garis trend, saya akan mempertimbangkan pembelian.

Situasi yang sama boleh diperhatikan dari alatan LTCUSD yang ditulis pada 3 April.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas