Kami kini 19 tahun!

Ulasan pasaran Ethereum 04.04.2018

Harga mata wang digital Ethereum, ETH, untuk beberapa hari yang lalu, mula seimbang berhampiran dengan kadar psikologi pada $400. Buat masa kini, ETH diperdagang pada $406 dalam bursa Bitfinex.

Dari sudut pandangan analisis grafik dalam rangka masa harian (D1), carta ETHUSD kekal dalam trend menurun:

Pasangan ETHUSD yang bergerak dalam trend menurun menunjukkan bahawa pembelian ethereum buat masa kini adalah amat berisiko.

Walaupun begitu, saya ingin menyatakan bahawa dalam separuh tahun kedua tahun 2017, berhampiran dengan kadar $380-400, tahap rintangan yang kukuh untuk pertumbuhan pasangan ETHUSD. Dalam carta ETHUSD, dari tempoh Jun-November 2017, corak "Ascending triangle" terbentuk:

Kita akan memantau carta ETHUSD dan akan memerhatikan sekiranya tahap low terbentuk berhampiran kadar semasa.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas