Kami kini 19 tahun!

Analisis Litecoin 03.04.2018

Mata wang digital Litecoin buat masa kini diperdagang pada $122.72 (+3.66%) dalam bursa pertukaran Bitfinex. Perkara ini menunjukkan bahawa untuk tempoh 24 jam yang lepas, kenaikan yang agak ketara dapat dilihat untuk harga mata wang digital ini.

Berdasarkan dari sudut pandangan analisis grafik, dalam rangka masa H6, pasangan LTCUSD terus bergerak menghala kebawah:

Walau bagaimanapun, graf menunjukkan bahawa buat masa ini, terdapat lantunan dari garis rintangan untuk trend kebawah. Saya masih memantau pergerakan pasangan dalam trend menurun semasa.

Dalam carta harian (D1), pasangan LTCUSD mula menunjukkan ombak kelima dalam corak "descending triangle":

Pada minggu lepas, kita telah membincangkan corak "descending triangle ini", ombak keempat telah terbentuk, dan disebabkan itu, saya menjangkakan bahawa harga litecoin akan menurun ke kadar $105-115, dan pada masa tersebut, litecoin bernilai $138.29.

Menurut analisis teknikal, corak ini secara teknikalnya merupakan corak klasik untuk penerusan trend. Dalam pembentukan corak "descending triangle" ini, pasangan LTCUSD bergerak mengikut trend meningkat.

Sehubungan dengan itu, saya berpendapat bahawa sekiranya dalam ombak kelima, carta LTCUSD boleh bergerak melangkaui corak tersebut, maka berkemungkinan besar bahawa pergerakan menaik akan bermula, dan sasaran pertama boleh diletakkan pada puncak sebelum ini yang terbentuk pada kadar $200-240.

Kita harus memantau pasangan LTCUSD dan melihat sama ada harga boleh melangkaui corak tersebut. Isyarat untuk pembelian Litecoin adalah sekiranya carta melintasi corak "descending triangle".

04 April, 11:55 (GMT+3)
Ulasan pasaran Ethereum 04.04.2018

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas