Kami kini 19 tahun!

Ulasan pasaran Bitcoin 02.04.2018

Harga bitcoin pada hari ini mencecah kadar harga $7,000, buat masa kini, terletak pada $6,948 dalam bursa mata wang digital Bitfinex.

Ulasan carta BTCUSD adalah sambungan untuk ulasan saya sebelum ini yang ditulis pada hari jumaat, 30 Mac. Dalam carta harian dan H3, trend menurun dalam BTCUSD masih kekal, yang dibincangkan pada minggu lepas. Segala perkara ini menunjukkan bahawa tiada isyarat untuk membeli bitcoin buat masa kini.

Pada hari jumaat minggu lepas, saya telah menjanjikan bahawa saya akan memberi komen untuk jadual mingguan BTCUSD dari sudut pandangan analisis bar lilin. Pada minggu lepas, corak "bar lilin bearish" yang nyata telah terbentuk:

Memandangkan bar lilin terbaru dalam carta mingguan menunjukkan sifat bearish, saya akan mengelakkan diri dari membeli bitcoin menurut analisis bar lilin.

Berdasarkan sumber dari Blockchain.Info, bilangan transaksi bitcoin untuk tempoh 24 jam yang lalu adalah sebanyak 137,144, menunjukkan salah satu dari bacaan terendah sepanjang tempoh 2 tahun. Sehubungan dengan itu, dari sudut pandangan analisis fundamental, saya turut sama tidak menjumpai sebarang sebab untuk membeli bitcoin.

Melihat kepada perkara yang dinyatakan diatas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa pembelian bitcoin buat masa kini adalah amat berisiko.

Walau bagaimanapun, saya ingin mengingatkan bahawa saya telah berulang kali mengarang ulasan untuk beberapa bulan yang lepas, dengan masalah penisbahan yang masih belum diselesaikan, saya menjangkakan nilai bitcoin dalam $5,000 sehingga $7,500. Saya merasakan bahawa zaman kejatuhan harga bitcoin boleh berkekalan sehingga 2-3 tahun. Disebabkan itu, sekiranya sesiapa membeli bitcoin, mereka harus memahami bahawa situasi ideal adalah untuk bertahan sehingga harga bitcoin melebihi kadar maksimum dalam sejarah pada $20,000, yang dicecah pada bulan DIsember 2017.

03 April, 12:02 (GMT+3)
Analisis Litecoin 03.04.2018

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas