Semua ulasan

Ulasan pasaran bitcoin 30.03.2018

Harga bitcoin pada hari ini, 30 Mac, merudum ke kadar $6,614 dalam bursa Hong Kong, Bitfinex. Sehubungan dengan itu, kadar pertukaran BTCUSD bergerak dalam palung harga (low range) yang terbentuk pada awal bulan Februari diantara kadar $6,000-7,500:

Persoalannya kini, adakah corak "double bottom" akan terbentuk dalam carta BTCUSD. Pada pendapat saya, pembentukan corak tersebut adalah munasabah secara teori, dan disebabkan itu, saya meletakkan sasaran harga bitcoin yang seimbang dalam julat $5,000-7,500 berasaskan analisis fundamental.

Saya juga ingin menyatakan bahawa baru-baru ini, dalam carta BTCUSD, corak "double top" terbentuk berhampiran dengan tahap $11,500-12,000, yang telah dibincangkan pada masa tersebut. Memandangkan corak "double top" telah terbentuk dalam carta BTCUSD, besar kemungkinan bahawa corak "double bottom" juga akan terbentuk disekitar $5,000-7,500, untuk membentuk julat jangka masa panjang diantara kadar $5,000 dan $12,000, yakni diantara corak "double bottom" dan "double top".

Walau bagaimanapun, dari sudut pandangan analisis teknikal, masih belum terdapat isyarat yang kukuh untuk menandakan penerbalikan harga pasangan BTCUSD. Dalam rangka masa harian, trend kebawah berterusan:

Rangka masa H3 masih menunjukkan pergerakan dalam trend kebawah:

Dalam carta mingguan W1, buat masa kini, bar lilin mingguan semasa menunjukkan sifat "bearish":

Dari sudut pandangan analisis carta lilin alatan pasangan BTCUSD, penutupan bar lilin mingguan semasa akan memainkan peranan yang penting. Saya akan memberi maklumat terbaru pada minggu hadapan.

Melihat kepada perkara yang dinyatakan diatas, saya merasakan bahawa walaupun harga bitcoin akan menerima sokongan yang kukuh pada kadar $5,000-7,500, masih belum terdapat isyarat yang jelas menandakan penerbalikan harga dalam carta BTCUSD.

Pada masa pengarangan ulasan, bitcoin diperdagang pada $7,188 dalam bursa Hong Kong, Bitfinex.

Tulis komen