Kami kini 19 tahun!

Bitcoin kekal sebagai mata wang digital paling stabil

Walaupun untuk beberapa bulan yang lalu, pasaran mata wang digital menunjukkan penurunan ketara dalam permodalan, penurunan harga bitcoin merupakan antara penurunan paling besar sekiranya dibandingkan dengan mata wang digital lain yang termasuk dalam senarai Top 10 dari segi permodalan:

Menurut maklumat dalam jadual diatas, penurunan harga bitcoin untuk 30 hari yang lepas adalah sebanyak 27.44%. Dalam kalangan mata wang digital dalam senarai ini dari segi permodalan dalam pasaran, tempat kedua diduduki oleh EOS. Harga mata wang digital tersebut menurun sebanyak 28.06% untuk 30 hari yang lepas. Tempat ketiga diduduki oleh Bitcoin Cash, menunjukkan penurunan sebanyak 37.81%. Penurunan harga terbesar untuk 30 hari yang lepas ditunjukkan oleh NEO, iaitu sebanyak 61.69%.

Semua mata wang digital dalam senarai ini mempunyai permodalan melebihi $3 billion, menunjukkan kadar kecairan yang tinggi.

Memandangkan semua perkara yang dinyatakan diatas, bitcoin kekal sebagai mata wang paling stabil dalam kalangan mata wang dengan kadar kecairan paling tinggi dalam pasaran mata wang digital. Sehubungan dengan itu, saya mempercayai bahawa pelabur mata wang digital seharusnya menumpukan perhatian kepada bitcoin.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas