Kami kini 19 tahun!

Ulasan pasaran bitcoin 29.03.2018

Buat masa kini, bitcoin diperdagang disekitar $7,599 dalam bursa mata wang digital Jepun, Binance. Sehubungan dengan itu, untuk tempoh 24 jam yang lalu, harga mata wang digital menurun sebanyak 3.55%. Pada permulaan minggu ini, saya menjangkakan bahawa harga akan menurun sehingga $7,500.

Dari sudut pandangan analisis teknikal dalam rangka masa harian D1, trend menurun dalam pasangan BTCUSD berterusan:

Kebarangkalian untuk kejatuhan harga bitcoin adalah agak tinggi. Saya mempercayai bahawa pasangan mata wang BTCUSD akan bergerak ke julat $6,000-7,500, menghampiri palung harga yang terbentuk pada awal bulan Februari.

Kejtauhan pasangan BTCUSD selanjutnya turut sama dapat dilihat dari analisis carta lilin:

Dalam rangka masa mingguan W1, corak "Bearish engulfing" baru-baru ini terbentuk, dan selepas itu, tiada potensi untuk lilin penerbalikan.

Hampir semua jenis  analisis (grafik, lilin, dan fundamental) yang saya gunakan menunjukkan bahawa besar kemungkinan, harga bitcoin akan terus menurun dalam masa terdekat. Kesimpulannya, buat masa kini, saya akan mengelakkan dari membeli mata wang digital.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas