Semua ulasan

Bank pusat vs peminat mata wang digital

Baru-baru ini, kebanyakan bank pusat dari seluruh dunia telah mula menyatakan bahawa mereka menyokong perkembangan dan penerapan teknologi blockchain, tetapi membantah mata wang digital. Sebagai contoh, hal ini dinyatakan dalam laporan suku tahun oleh jawatankuasa kestabilan kewangan Bank England, yang diterbitkan semalam pada 27 Mac, 11:30 (GMT +3).

Bank pusat menerangkan pendapat mereka berasaskan bahawa mereka tidak boleh melihat prospek mata wang digital, tetapi dapat mengesan potensi besar dalam teknologi blockchain berdasarkan mata wang digital.

Jawatan kuasa mata wang digital sekali lagi menafikan dakwaan oleh bank pusat berkaitan mata wang digital ini. Sebagai contoh, pada hari ini, 28 Mac, salah satu dari peminat fanatik mata wang digital, Jameson Lopp, menghantar mesej tersebut dalam Twitter:

Jameson menyebut bahawa "Dollar (bermaksud wang kertas tradisional) adalah tidak menjanjikan, tetapi potensi sebenar boleh dijumpai dalam teknologi percetakan wang asas.

Selepas membaca kenyataan dari Jameson berkaitan wang kertas, saya merasakan bahawa ia sangat lucu. Hal ini adalah kerana ayat beliau menunjukkan betapa tidak masuk akan kenyataan stereotpe yang dikeluarkan oleh bank pusat berkaitan dengan mata wang digital.

Tulis komen