Semua ulasan

Pelajar Amerika mengambil pinjaman untuk membeli mata wang digital

Hampir seorang dari lima orang pelajar di Amerika pernah mengambil pinjaman untuk berlabur dalam bitcoin. Maklumat ini adalah hasil dari laporan kaji selidik "The Student Loan Report" yang berlangsung dari 16-20 Mac:

Menurut dari laporan ini, kebanyakan pelajar mengambil pinjaman untuk membiayai pelajaran, tetapi sebahagian dari mereka mengambil lebih dari yang diperlukan dan menggunakan wang tersebut untuk berlabur dalam mata wang digital.

Laporan tersebut turut sama menunjukkan bahawa sebilangan besar pelajar membeli Bitcoin, Ethereum, dan Ripple.

Malahan, sekiranya anda mempercayai hasil kaji selidik ini, kita boleh menyimpulkan bahawa kebanyakan dari orang muda di AS berminat dan mempercayai mata wang digital. Sehubungan dengan itu, saya mempercayai bahawa Amerika akan menjadi yang pertama untuk beralih dari mata wang dolar mereka sendiri.

Tulis komen