Semua ulasan

Ulasan pasaran bitcoin 23.03.2018

Pasaran mata wang digital pada minggu ini bergerak dengan perlahan. Pada masa ini, harga bitcoin berada disekitar kadar $8,500.

Pada petang hari semalam, berita diterbitkan bahawa perbendaharaan kewangan di Jepun menghantar surat ke bursa mata wang digital Binance, seperti yang dinyatakan oleh CEO Binance dalam laman media sosial Twitter. Buat masa kini, masih belum diketahui isi kandungan surat tersebut. Walau bagaimanapun, pelabur mata wang digital tetap menunjukkan tindak balas negatif dari berita tersebut, kerana Binance merupakan bursa mata wang digital yang terkemuka didunia, dan secara teorinya, sekiranya perbendaharaan kewangan Jepun memberi tekanan ke atas Binance, penjualan mata wang digital secara besar-besaran boleh tercetus.

Dari sudut pandangan analisis grafik, dalam rangka masa harian (D1), pasangan mata wang BTCUSD terus menunjukkan pergerakan menurun, menyebabkan pembelian bitcoin buat masa kini adalah tidak wajar:

Dari sudut pandangan analisis carta lilin, rangka masa mingguan (W1) juga tidak menunjukkan isyarat pembelian. Sebab pertama adalah pembentukan corak "Bearish engulfing" baru-baru ini. Kedua, bar lilin minggu semasa mempunyai saiz badan kecil dan bayang atas pendek, menunjukkan permintaan untuk membeli bitcoin adalah rendah:

Segala yang dinyatakan diatas menunjukkan bahawa pembelian bitcoin pada masa ini adalah amat berisiko. Saya memutuskan untuk menunggu kejatuhan harga mata wang digital ini sehingga ke kadar $5,000-7,500, dan selepas itu akan mempertimbangkan pembelian bitcoin.

Tulis komen