Kami kini 19 tahun!

Ulasan pasaran bitcoin 19.03.2018

Pada hari minggu, bitcoin (BTC) diperdagang dibawah kadar $8,000. Dalam bursa mata wang digital Hong Kong, Bitfinex, pada 18 Mac, nilai peneraju mata wang digital tersebut menurun sehingga mencecah kadar $7,240, tetapi menjelang petang, lantunan tajam berlaku dan harga menaik ke kadar $8,420. Sehubungan dengan itu, dalam forum mata wang digital, ramai yang membuat spekulasi bahawa dalam carta BTCUSD, corak "Double bottom" sama ada telah terbentuk atau akan terbentuk.

Secara teorinya, terdapat potensi untuk pembentukan "Double bottom", dengan bottom pertama terbentuk pada awal bulan Februari dalam julat $6,000-$7,500, manakala bottom kedua sedang membentuk sekarang.

Walau bagaimanapun, buat masa kini, saya masih mengelakkan dari mengesahkan bahawa corak "Double bottom" telahpun terbentuk. Dari sudut pandangan analisis carta lilin dalam rangka masa mingguan, tiada corak penerbalikan yang dapat dilihat:

Bar lilin yang terbentuk pada minggu lepas mempunyai sifat-sifat "bearish", manakala lilin mingguan semasa pula masih belum terbentuk sepenuhnya untuk membolehkan sebarang ramalan dilakukan. Berikutan ini, saya merasakan bahawa buat masa kini, isyarat untuk memulakan pembelian masih tiada.

Tetapi sekiranya anda bercadang untuk berlabur dalam mata wang bitcoin untuk jangka masa panjang, maka peluang untuk mula berlabur adalah apabila harga menurun dibawah $7,500 pada hujung minggu ini. Seperti ulasan yang diterbitkan sebelum ini, pembelian untuk jangka masa panjang boleh dipertimbangkan sekiranya harga bitcoin dalam julat $5,000-$7,5000.

Pada masa pengarangan ulasan, mata wang digital bitcoin bernilai $8,305.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas