Semua ulasan

Ulasan pasaran bitcoin 16.03.2018

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, harga Bitcoin telah mula stabil berhampiran kadar 8,000$. Saya mempercayai bahawa penurunan harga BTC semakin perlahan kerana harga mata wang digital tersebut mula mencecah kadar sokongan psikologi, apabila semakin mendekati harga yang munasabah untuk menjadi kos satu bitcoin sebanyak 5,000-7,500$.

Dari sudut pandangan analisis grafik, tiada sebarang perkara yang melampau berlaku dalam pasangan mata wang BTCUSD untuk tempoh 24 jam yang lepas. Dalam rangka masa harian, trend menurun untuk BTCUSD masih kekal tidak berubah. Sehubungan dengan itu, harga bitcoin mungkin akan mencecah kadar palung yang terbentuk pada awal bulan Februari disekita 6,000-7,500$.

Dari sudut pandangan analisis fundamental pula, untuk 24 jam yang lalu, satu berita menarik telah diterbitkan. Pada hari semalam, 15 Mac, Lightning Labs melancarkan Lightning Network versi pertama, yang direka untuk rangkaian teras bitcoin.

Sudah tentunya, ini merupakan berita positif untuk bitcoin. Dalam kata lain, programmer mencuba sedaya upaya untuk mencari penyelesaian kepada masalah penskalaan bitcoin.

Walau bagaimanapun, saya masih mempercayai bahawa walaupun LN membuktikan diri sebagai penyelesaian untuk masalah penskalaan bitcoin, ianya akan mengambil masa untuk LN menunjukkan kelebihan dari segi transaksi bitcoin yang komited dengan asas LN akan berjalan secara lancar. Sehubungan dengan itu, saya merasakan bahawa harga bitcoin tidak akan menaik secara serta-merta walaupun sekiranya muncul penyelesaian untuk masalah penskalaan.

Memandangkan perkara berikut, saya masih kekal dengan pendapat saya bahawa bitcoin hanya boleh dibeli sekiranya anda bersedia untuk berlabur dalam tempoh masa yang lama, sebagai contoh, sekitar 2-3 tahun. Selain itu, sekiranya anda mampu bertenang dan tidak panik sekiranya berlaku pembetulan harga bitcoin sebanyak 30-50% dari kadar harga semasa. Dalam kes ini, saya merasakan bahawa harga optimum untuk membeli bitcoin adalah disekitar 5,000-7,500$.

Tulis komen