Semua ulasan

Analisis Litecoin 19.02

Harga Litecoin (LTC) tersekat diatas kadar $200 selama lima hari berturut-turut untuk satu mata wang digital tersebut. Sehubungan dengan itu, dalam carta lilin rangka masa mingguan (W1), corak lilin penerbalikan "Bearish engulfing" terbentuk:

Pada pendapat saya, corak lilin "Bearish engulfing" menunjukkan bahawa dasar telah terbentuk untuk pasangan mata wang LTCUSD. Sebelum ini, saya menjangkakan bahawa kadar harga Litecoin akan meningkat melebihi $300 sepanjang tahun 2018.

Saya juga ingin menyatakan bahawa corak "Doji" terbentuk pada "Bearish engulfing" pada rangka masa W1. Kadar harga pembukaan dan penutupan mingguan "Doji" terletak berhampiran $145. Saya merasakan bahawa tahap sokongan yang kukuh untuk harga litecoin terletak pada kadar ini.

Pada masa pengarangan, LTCUSD diperdagang pada tahap $223 dalam bursa mata wang digital Bitfinex Hong Kong.

Tulis komen