Pengasas Yahoo mempercaya bahawa mata wang digital akan memainkan peranan penting

Pengasas bersama Yahoo, Jerry Yang, menyatakan bahawa walaupun beliau mempercayai dengan kejayaan jangka masa panjang untuk mata wang digital, tetapi buat masa kini, beliau masih belum bersedia untuk menggantikan wang tradisional secara sepenuhnya.

Jerry Yang dalam ucapan beliau ketika Fortune Global di China, membandingkan kadar turun naik harga bitcoin semasa dengan kadar turun naik harga syarikat IT ketika internet baru diperkenalkan, sekitar tahun 1990-an, dan dengan itu, beliau menyatakan bahawa kadar turun naik harga terkini tidak mengejutkan, dan mempercayai bahawa mata wang digital akan diperkenalkan dalam sistem kewangan antarabangsa.

Walaupun begitu, Jerry menjelaskan bahawa bitcoin masih belum mendekati status "kaedah pembayaran", kerana kebanyakan orang tidak menggunakan bitcoin untuk pembelian barangan atau perkhidmatan, sebaliknya sebagai aset pelaburan.

Malahan, untuk bitcoin atau mata wang digital lain diterima secara menyeluruh sebagai kaedah pembayaran, sebilangan besar masyarakat perlu mendapatkan mata wang digital. Pencetus keinginan untuk mendapatkan sebarang aset adalah kenaikan harga. Buat masa ini, proses tersebut sedang berlaku - kebanyakan orang membeli mata wang digital disebabkan oleh kenaikan harga yang mendadak. Sehubungan dengan itu, lambat lain, bilangan pemilik mata wang digital akan menaik dengan ketara, dan proses penukaran bitcoin sebagai kaedah pembayaran akan bermula.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.