Semua ulasan

Max Keiser: bitcoin akan mencecah 100,000 USD

Bitcoin akan terus mendominasi dan meneraju pasaran mata wang digital, menurut Max Keiser, sorang aktivis mata wang digital terkenal dan bekas broker Wall Street, dan wawancara untuk Keiser Report dari saluran RT (saluran televisyen paling popular di dunia dengan lebih dari 5 billion tontonan di Youtube).

Max Keiser menyatakan bahawa walaupun bitcoin menerima pandangan negatif dari pelbagai pihak bank, harga mata wang digital tersebut akan meningkat dari kadar semasa pada $8,000 sehingga $100,000. Beliau menegaskan bahawa mereka yang skeptikal terhadap bitcoin telah cuba menjatuhkan harga bitcoin ratusan kali tetapi tidak berjaya. Menurut pandangan beliau, bitcoin hanya akan terus meningkat kerana dolar AS adalah sekadar sampah.

Sebagai contoh, Max Keiser menceritakan kisah dari pengalaman berdagang: "Saya masih mengingati apabila saya membeli saham Apple di penghujung 1990, apabila nilainya rendah dari $100 juta, dan Michael Dell menyatakan bahawa Apple perlu menghentikan operasi kerana Apple tidak serasi dalam industri IT. 20 tahun kemudian, Apple menghampiri $1 trilion dalam permodalan pasaran, dan kini tiada siapa yang menyebut tentang Michael Dell. Perkara yang sama akan terjadi dengan mata wang digital. Dan 20 tahun kemudian, tiada sesiapa yang akan mengingati pihak bank yang mengkritik bitcoin.".

Saya mempunyai pendapat seperti Max Keiser, bahawa 20 tahun kemudian, mata wang digital akan memainkan peranan utama dalam sistem kewangan, dan tiada sesiapa yang akan mengingati mereka yang skeptik terhadap bitcoin.

Tulis komen