Semua ulasan

Terry Duffy menyatakan bahawa bursa derivatif boleh melancarkan kontrak niaga hadapan bitcoin dalam bulan Disember

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif CME Group Terry Duffy menyatakan bahawa bursa derivatif boleh melancarkan kontrak niaga hadapan bitcoin yang dirancang pada bulan hadapan. CME Group merupakan antara bursa derivatif terbesar di Amerika Utara.

Terry Duffy dalam ucapan beliau dari siaran CNBC semalam, mengisyaratkan bahawa pada minggu kedua bulan Disember, para pelabur bekemungkinan besar akan berpeluang untuk berdagang dengan kontrak niaga hadapan mata wang CME. Saya mengingati kejadian pada bulan Oktober, apabila CME mendapati bahawa bursa meminta kelulusan daripada pengatur untuk melancarkan produk pelaburan pertamanya yang terikat kepada bitcoin. Buat masa kini, CME mengumumkan bahawa kontrak niaga hadapan akan terikat dengan indeks harga sedia ada yang dilancarkan pada 2016, dan akan berjalan secara tunai.

Pada pendapat saya, peristiwa ini akan memberi kesan positif kepada pembangunan bitcoin dan mata wang digital dan meningkatkan pelaburan wang pelabur besar dalam pasaran. Perkara ini akan menaikkan populariti mata wang digital. Walau bagaimanapun, saya masih ingin mengingatkan anda bahawa idea utama mata wang digital adalah untuk mewujudkan mata wang digital yang tidak berpusat, dan bukan kaedah mendapatkan wang untuk spekulator dan pelabur besar (seperti pelanggan CME). Saya merasakan bahawa untuk jangka panjang, teknologi blockchain akan menggantikan bursa tradisional (termasuk CME) dan menjadikannya berlebihan.

Tulis komen