Kami kini 19 tahun!

Pengarah bank pusat Portugal menyatakan bahawa bitcoin bukan mata wang

Pengarah bank pusat Portugal (Banco de Portugal, BDP), Hélder Rosalino, dalam temubual untuk ECO edisi Portugal pada awal minggu ini, mengemukakan pendapat beliau berkaitan bitcoin, mata wang digital, teknologi blockchain. Beliau menegaskan bahawa mata wang digital bukan mata wang sebenar.

Hélder berkeras bahawa bitcoin tidak memenuhi ciri-ciri wang. Pertama sekali, bitcoin tidak mampu menyimpan nilai sendiri (sehubungan dengan kadar turun naik harga). Kedua, beliau berhujah bahawa apabila bank pusat melancarkan mata wang, penyata imbangan turut sama akan disertakan, dan bank pusat bertanggungjawab ke atas pemegang mata wang. Walau bagaimanapun, bitcoin tidak memgang sebarang tanggungjawab. Dalam kata lain, tiada sebarang pihak yang memberi jaminan kepada pemilik mata wang digital.

Namun begitu, beliau tetap melihat potensi besar untuk pembangunan teknologi blockchain. Hélder menyebut bahawa teknologi tersebut boleh memainkan peranan penting dalam pembangunan sektor kewangan, tetapi bukan dalam bentuk mata wang digital.

Saya memahami kerisauan bank pusat seluruh dunia berkaitan mata wang digital. Tetapi saya merasakan bahawa lambat laun, akan tiba masanya apabila orang ramai akan memilih kaedah pembayaran, sama ada ianya mata wang ataupun tidak.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas