Kami kini 19 tahun!

Adakah Bitcoin Gold akan muncul selepas 12 November?

Pembangun Bitcoin Gold (BTG) baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan aplikasi perisian rasmi baru untuk pengguna pada 12 November. Pada awalnya, pembangun menyatakan bahawa pelancaran akan berlangsung pada 1 November.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa pada 24 Oktober, Bitcoin Gold mengalami hardfork yang kritikal selepas blok ke 491,407 dari teknologi blockchain. Idea utama perkara ini adalah untuk menggantikan algoritma sistem mining bitcoin SHA256, ke algoritma baru - Equihash. Sehubungan dengan itu, menurut pembangun BTG, proses mining kini boleh disertai menggunakan kad grafik GPU biasa, yang akan mengelakkan dominasi dalam kalangan miner.

Buat masa kini, masih terdapat ketidaktentuan berkaitan BTG. Pertama sekali, laman web https://bitcoingold.org/ seringkali mengalami masalah teknikal, dan ini adalah perkara biasa. Kedua, BTG (secara khususnya kontrak niaga hadapan BTG, menurut sumber coinmarketcap) diperdagang dalam hanya 10 bursa mata wang digital - . Sebelum ini, kebanyakan bursa mata wang digital, beserta dengan wallet mata wang digital, memberi amaran untuk tidak mempertimbangkan hardfork ini, kerana kebanyakannya meragui bahawa pemilik bitcoin sedia ada akan menerima wang BTG baru.

Saya berpendapat bahawa situasi ini masih tidak menentu. Kita hanya boleh menantikan sama ada Bitcoin Gold akan muncul selepas 12 November atau tidak.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas