Semua ulasan

Universiti FPT di Vietnam akan menerima Bitcoin sebagai kaedah pembayaran, walaupun tidak dibenarkan oleh bank pusat Vietnam

Sebuah universiti swasta di Vietnam, Universiti FPT, kini dalam perancangan untuk menerima pembayaran yuran pembelajaran dalam bentuk bitcoin, walaupun keputusan bank pusat Vietnam sebelum ini untuk mengharamkan penggunaan mata wang digital sebagai kaedah pembayaran.

Universiti kelak akan mula menerima bitcoin sebagai yuran pembelajaran dari pelajar asing, menurut pengarah universiti tersebut. Perkara ini dinyatakan dalam halaman Facebook beliau Dr. Le Truong Tung, Pengarah universiti FPT. Dr. tung mempercayai bahawa dengan cara ini bukan sahaja dapat menarik minat pelajar asing untuk menyertai latihan FPT, tetapi juga dapat melepasi sistem kawalan mata wang yang ketat dalam negara apabila melibatkan pemindahan wang ke Vietnam.

Perkara yang paling menarik adalah Universiti FPT turut sama mempertimbangkan untuk melancarkan kursus akademi mata wang digital untuk pelajar yang mengambil bidang kewangan, pengurusan perniagaan, dan perbankan.

Perkara ini amat menarik memandangkan undang-undang kerajaan yang mengharamkan penggunaan mata wang digital dalam pembayaran, Bank pusat Vietnam mengeluarkan kenyataan bahawa pihak yang bertanggungjawab boleh disabit kesalahan dan menanggung denda sehingga $9,000 dan rekod jenayah.

Tulis komen