Max Keiser: Lebih dari 30 ribu dompet Bitcoin dibuka setiap hari, Bitcoin dengan mudah akan menyentuh $10,000

Pada hari isnin 30 Oktober, pakar kewangan, Max Kaiser, menyatakan bahawa harga bitcoin akan meningkat sehingga $10,000. Max Kaiser merupakan seorang aktivis mata wang digital yang dikenali ramai, bekas broker, pengacara rancangan televisyen siaran kewangan "Keiser Report" dalam salah satu dari saluran televisyen paling popular di dunia, RT (dahulunya dikenali sebagai Russia Today). Menurut sumber dari COindesk, "Pihak paling berpengaruh dalam industry blockchain tahun 2017", Keiser tersenarai sebagai 30 aktivis mata wang digital media paling popular di dunia.

Max Keiser pada hari semalam menulis sekali lagi dalam akaun twitter beliau bahawa harga bitcoin kelak akan mencecah $10,000. Pakar kewangan tersebut turut sama menyatakan bahawa lebih dari 30,000 dompet bitcoin dibuka dalam sehari dan mata wang digital ETF semakin meraih populariti.

Sejak tahun 2011, beliau menegaskan bahawa peneraju mata wang digital, yakni bitcoin, lambat laun akan bernilai $10,000, dan untuk jangka masa panjang, boleh menghampiri $100,000. Beliau sering membier kritikan terhadap Wall Street dan berpendapat bahawa mata wang digital akan mengambil alih Wall Street dan semua broker yang tamak pada suatu hari nanti.

Saya amat bersetuju dengan pandangan Max Keiser berkaitan teknologi blockchain yang akan mengurangkan keperluan perkhidmatan broker kewangan, dan sistem kewangan dunia akan mengalami pembentukan semula.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar