Bilangan peluang pekerjaan dalam bidang mata wang digital semakin meningkat

Kenaikan harga mata wang digital yang memberangsangkan telah mencetuskan pertumbuhan pesat dalam perniagaan yang memberikan perkhidmatan mata wang digital, secara khususnya bitcoin. Bilangan syarikat yang melibatkan diri dalam mata wang digital menunjukkan peningkatan yang ketara, sekaligus mengubah struktur bitcoin dan membuka peluang pekerjaan antarabangsa baru.

Menurut maklumat dari lamat web pencarian kerja popular, Freelancer.com, suku tahun ketiga mencatatkan lonjakan tinggi dalam bilangan pembukaan pekerjaan bidang mata wang digital (hampir 82% berbanding suku tahun kedua). Terdapat permintaan tinggi untuk calon pekerja pemaju perisian untuk mata wang digital, pakar pengiklanan ICO, penganalisis mata wang digital, dan lain-lain.

Syarikat Freelancer.com yang berpusat di Australia menyatakan bahawa mereka merupakan laman web freelancer dan rujukan umum terbesar didunia. Pada masa kini, syarikat tersebut telah mendaftar hampir 26 juta pekerja dan freelancer dari 247 buah negara berbeza di seluruh dunia.

Pada pendapat saya, sekiranya minat terhadap mata wang digital semakin meningkat, maka peluan pekerjaan baru dalam bidang ini akan lebih banyak terbuka, justeru itu, akan membawa kepada pembaharuan dan kemajuan mata wang digital.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.