Kami kini 19 tahun!

Kerajaan Iran membangunkan infrastruktur untuk penggunaan bitcoin dalam negara

Kerajaan negara Iran kini menjalankan penyelidikan aspek ekonomi dan infrastruktur berkaitan kemungkinan penggunaan bitcoin dalam negara. Menurut maklumat timbalan menteri teknologi informasi, Amir Hossein, langkah buat masa kini sedang diambil untuk membangunkan infrastruktur pengenalan mata wang digital seawal yang boleh.

Beliau menyatakan bahawa setiap mata wang digital mempunyai dua aspek, iaitu ekonomi dan infrastruktur. Beliau juga menambah dalam kenyataan bahawa penerapan mata wang digital dalam negara Iran adalah untuk kebaikan untuk jangka masa panjang.

Walaupun pada dahulunya bank pusat Iran menganggap bahawa perdagangan bitcoin adalah haram, yang menghalang pedagang tempatan dari menggunakan mata wang digital, kerajaan sehingga kini masih belum melaksanakan sebarang undang-undang yang akan mengharamkan penggunaan bitcoin sebagai kaedah pembayaran.

Pada pendapat saya, memandangkan ucapan dari Amir Hossein tersebut, kita boleh menganggap bahawa kerajaan Iran tidak mempunyai sebarang pandangan negatif terhadap mata wang digital.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas